Isnin, 31 Disember 2012

School of Ministry : SOM kini di Sabah dan Sarawak!

Shalom! Salam damai dalam kasih Kristur Yesus Tuhan kita!

Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Detik-detik terakhir tahun 2012 admin gunakan untuk bersama-sama keluarga. Apakah yang anda lakukan pada saat ini?

Anda sudah selesai SPM, STPM, pengajian di Universiti dan tidak membuat apa-apa sepanjang beberapa bulan ini? School of Ministry atau lebih dikenali sebagai SOM akan diadakan di Sabah dan Sarawak!

Berikut merupakan tempat-tempat yang akan diadakan dan butir-butir SOM ini

School of Ministry, Kota Kinabalu!
School of Ministry, Kota Kinabalu!
7 Januari - 4 Februari 2013
Kg Bukit Permai, Menggatal

School of Ministry, Kuching!
School of Ministry, Kuching!
21 Januari - 8 Februari 2013
BEM Padawan, Kuching

School of Ministry, Miri!
School of Ministry, Miri!
14 Januari - 1 Februari 2013
BEM Lutong Baru, Miri

Apakah itu School of Ministry?

School of Ministry ataupun dalam bahasa Melayu di transliterasikan sebagai Sekolah Pelayanan merupakan program anjuran badan-badan Kristian untuk melatih dan memuridkan anak-anak muda di dalam pelayanan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan "spiritual leaders" untuk masa hadapan. Program ini dianjurkan khusus kepada anak-anak muda yang sedang menunggu keputusan persekolahan. Program ini biasanya dianjurkan selama sebulan mengikut kemampuan penganjur. Pengajaran dalam School of Ministry mengandungi pembelajaran dan pengkajian Firman Tuhan, pembentukan jati diri dan juga peluang untuk melayani pada hujung minggu.

Info lanjut?

Untuk School of Ministry pada awal Januari sehingga Februari 2013, yuran setiap peserta hanya RM 50 dan tempat tinggal, keperluan makan minum turut disediakan. Daftar sekarang! Sila rujuk poster diatas untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

Admin juga akan bersama-sama dalam SOM Kota Kinabalu dalam beberapa hari pada hujung minggu!

Sekian sahaja entri pada kali ini, admin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013! Semoga tahun 2013 membawa sejuta berkat dan peluang kepada anda untuk terus maju dan membangun dalam Kristus! Haleluyah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013