Selasa, 1 Januari 2013

Kem Transformasi 2012 : Part 1

Shalom! Salam damai dalam Kristus Yesus Tuhan kita!

Pada post kali ini, admin akan menceritakan pengalaman-pengalaman yang admin terima melalui satu pelayanan yang admin ikuti iaitu pelayanan Kem Transformasi yang juga dikenali sebagai TCamps!

Apa itu Kem Transformasi (TCamps)?

Untuk pengetahuan anda semua, TCamps ini adalah sebuah program khusus untuk pelajar Sekolah Menengah, penuntut Universiti/Kolej pada waktu cuti sekolah/semester. Program ini bertujuan untuk menjangkau anak-anak muda untuk lebih dekat kepada Tuhan dan melahirkan generasi yang takut akan Allah dan melakukan apa yang sesuai dengan Firman Tuhan.

Apa yang berlaku dalam TCamps?

Banyak perkara yang diajar di dalam kem ini. Salah satunya adalah mengenai karunia Roh, pujian dan penyembahan dan juga kepimpinan. Kem ini tidak tertumpu kepada pembelajaran Firman Tuhan secara lebih formal, tetapi dipelbagaikan dan diselitkan beberapa aktiviti yang membina jati diri peserta dalam kem ini. Sesi riadah dan permainan adalah antara tarikan dalam kem ini kerana setiap aktiviti riadah dan permainan yang dibuat sepanjang kem bukan hanya untuk suka-suka sahaja tetapi mempunyai sebab untuk meningkatkan kepimpinan generasi muda serta membentuk jati diri peserta untuk lebih tekun dalam Kristus.

Sejarah permulaan TCamps?

Salah seorang rakan admin iaitu Si Domba Putih telah menuliskan sejarah permulaan pelayanan TCamps ini. Sila klik pautan ini untuk membaca dengan lebih lanjut!

Kem Transfomasi Ranau

Bagaimana admin terpanggil untuk melayani dalam TCamps?

Secara jujurnya, admin tidak menyangka bahawa admin akan turut serta dalam pelayanan TCamps ini. Admin telah mengikuti TCamps yang pertama di Sabah pada tahun 2012 iaitu di SIB Bundu, Kawasan Tambunan sebagai peserta. Admin bersama-sama beberapa rakan yang lain mengikuti kem ini dan Tuhan benar-benar telah mengubah fikiran kami yang mengikuti kem ini. Dari saat itu, admin bersama dengan beberapa rakan lain mengambil komitmen untuk bersama dengan pelayanan ini! Beberapa minggu sebelum TCamps pada cuti sekolah pertengahan tahun, admin dihubungi oleh komiti TCamps untuk membantu dalam pelayanan ini! Admin bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan sudah menyediakan satu platform bagi admin untuk melayani bukan sahaja kepada orang-orang yang sudah dikenali, malah kepada ramai lagi anak-anak muda yang mungkin telah hanyut dengan pengaruh-pengaruh duniawi. Sejak dari saat itu, admin telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar pelayanan TCamps yang kini bertapak di Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia.

Pelayanan TCamps Mei-Jun 2012

Pelayanan bermula di daerah Pitas, kemudian membantu di dalam pelayanan Ps. Ong Boon Cheang dalam High School Conference di SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu, dan kemudiannya bergerak ke daerah Kota Marudu. Sesudah pelayanan di Kota Marudu, kami membantu pula pelayanan Ps. Ong yang dijemput sebagai pengkhotbah undangan di Youth Camp, BCCM Taman Suria Penampang. Seterusnya kami mengakhiri ekspidisi pelayanan kami di daerah Kudat! Banyak perkara yang admin telah belajar melalui kem ini, bukan lagi sebagai peserta, tetapi sebagai fasilitator. Admin telah banyak belajar mengenai pelayanan dan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam pelayanan! Semuanya atas tunjuk ajar fasilitator senior, komiti dan juga Ps Ong dan Ps Perry. 

Admin ketika pelayanan!

Admin akan sambung kisah admin pada entri akan datang! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013