Isnin, 16 Julai 2012

Permulaan baru

Shalom, apa khabar pembaca blog ini. Sekian lama penulis tidak menulis artikel-artikel untuk tatapan pembaca. Masa dan kesibukan sebagai seorang pelajar di salah satu institut pengajian tinggi menjadi penghalang kepada penulis untuk menitipkan artikel-artikel. Oleh itu, penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama tidak mengemaskini laman ini. Kini, penulis sedang membaiki laman ini agar pembaca dapat membaca dengan lebih selesa lagi. Sebelum mengundur diri, penulis ingin memberikan ayat Firman Tuhan dari kitab Zakharia 4:6.

" Maka berbicaralah ia, katanya: "Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel bunyinya: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam"

Tuhan berbicara kepada kita bahawa, segala sesuatu itu dapat kita lakukan bukan kerana kekuatan dan keperkasaan kita sebagai manusia, tetapi kerana roh Tuhan yang memberi kita kekuatan untuk terus maju kehadapan dan menjadi Terang dan Garam sebagai saksi Kritus dimana sahaja yang kita berada dan apa sahaja situasi yang kita hadapi. Tuhan tidak akan pernah meninggalkan kita walau sedetikpun, dan percayalah Tuhan akan menyertai kita sampai Maranatha!! Haleluyah!! 

Sekian,

BRIAN GINSOS
ANAKDOMBA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013