Jumaat, 28 Disember 2012

Tarian Gangnam?! Dalam gereja?!

Shalom!

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 ini. Perkara utama yang paling admin ingati ialah bagaimana kekangan masa telah menganggu admin untuk menulis beberapa artikel khusus untuk blog ini. Sering menjadi bualan ramai, Oppa Gangnam Style yang melonjak dari segi populariti sejak Julai tahun ini telah menaikkan nama Asia sekurang-kurangnya dan Korea Selatan khususnya.

Anak-anak muda cenderung untuk terikut-ikut dan meminati lagu ini dan juga tarian ala-ala kuda yang ditampilkan dalam klip video lagu ini. Namun, adakah wajar untuk tarian ini turut dibawa di dalam gereja?


Admin tertarik dengan salah satu penyataan rakan Facebook admin yang mengeluh kerana tarian gangnam ini ditarikan di dalam gereja. Rakan admin tersebut menyifatkan bahawa tarian itu tidak wajar untuk ditarikan di dalam gereja kerana menyifatkan bahawa tarian itu tidak "kudus" untuk dipersembahan di dalam gereja mahupun untuk dipersembahkan kepada Tuhan.

Banyak persoalan dan perkara-perkara yang terngiang-ngiang dalam pemikiran admin ketika itu. Adakah tarian-tarian yang dipersembahkan di dalam gereja adalah suci atau kudus kepada Tuhan? Tiba-tiba admin diperingatkan kepada satu tarian tradisional kaum majoriti di Sabah. Tarian sumazau yang asalnya merupakan suatu tarian yang memuja semangat padi yang dikenali sebagai "bambarayon/bambaazon" sering ditarikan di dalam gereja tempatan di Sabah. Persoalannya, adakah tarian itu kudus untuk Tuhan seperti yang disifatkan oleh rakan admin tersebut?

Mari kita selidiki pula tarian gangnam ini. Gangnam ialah sebuah kota yang agak maju dan besar di negara Korea Selatan. Lagu ini berkisar kepada kehidupan generasi muda yang banyak dilihat dalam kota besar ini. Tarian gangnam ini agak catchy dan rancak sehingga generasi muda tertarik dengan tarian ini. Tarian gangnam yang mungkin dikatakan oleh rakan admin ialah tarian "imitation of horse".

Adakah sesuai atau wajar ditarikan di dalam gereja? Admin tiada jawapan untuk hal itu. Tetapi biarlah kita cuba untuk menyesuaikan tarian-tarian yang ada dalam dunia ini untuk satu tujuan, mempersembahkan yang terbaik kepada Tuhan kita! Ada satu lagu yang agak sesuai untuk ditarikan bersama tarian gangnam ini. Lagu ini dalam bahasa Iban dan admin juga kurang memahami maksud lagu ini. Tapi admin percaya bahawa lagu ini adalah untuk memuliakan dan meninggikan Tuhan dalam sukacita yang besar!

Aku gangnam-gangnam
Gangnam Enggau Jesus
Aku udah diada ka baru
Arap ka jaku Iya

Aku ngasuh kita nemu
Pemesai penglantang ati aku
Aku gangnam, gangnam-gangnam
Gangnam 'Nggau Jesus

Haleluyah! Salam damai! Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2013!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013