Ahad, 20 Mac 2011

Tanda-tanda Akhir Zaman


Matius 24: 5-8 memberikan kita beberapa petunjuk penting supaya kita dapat mengenal kedatangan akhir zaman yang semakin hampir “Sebab banyak orang akan datang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah Mesias, dan mereka akan menyesatkan banyak orang. Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di pelbagai tempat.” Pertambahan messias-messias palsu, peperangan, kebuluran, penyakit berjangkit, dan bencana alam—semua ini merupakan tanda-tanda akhir zaman. Namun dalam bahagian Firman Tuhan ini kita diberikan amaran supaya tidak mudah terpedaya sebab semua itu merupakan permulaan rasa sakit bersalin, sedangkan akhir zaman masih jauh lagi.

Beberapa penafsir melihat setiap gempa bumi, pergolakan politik dan setiap serangan ke atas Israel sebagai petanda bahawa akhir zaman sedang rancak berlaku. Walaupun peristiwa-peristiwa ini memberi isyarat terhadap akhir zaman namun bukan petanda bahawa akhir zaman sudah tiba. Rasul Paulus memberikan amaran bahawa akhir zaman akan diwarnai dengan kemunculan banyak pengajaran-pengajaran yang palsu. “Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan” (1 Timotius 4:1). Akhir zaman digambarkan sebagai “masa yang sukar” disebabkan bertambahnya kejahatan manusia dan orang-orang yang melawan kebenaran secara aktif (2 Timotius 3:1-9; see also 2 Tesalonika 2:3).

Petanda lain termasuklah pembangunan semula Bait Allah di Yerusalem, kebencian semakin meningkat terhadap Israel dan pergerakan ke arah satu kerajaan dunia. Tanda akhir zaman yang paling menonjol adalah negara Israel. Dalam tahun 1948 negara Israel diakui sebagai sebuah negara berdaulat untuk kali pertama sejak tahun 70 M. Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa keturuannnya akan memiliki Kanaan sebagai “milik selama-lamanya” (Kejadian 17:8). Yehezkiel telah menubuatkan kebangkitan bangsa Israel (Yehezkiel 37). Israel sebagai sebuah negara di atas tanahnya sendiri adalah penting dalam nubuatan akhir zaman (Daniel 10:14; 11:41;Wahyu 11:8).

Dengan tanda-tanda ini kita dapat menilai dengan bijak tentang apa yang dijangka akan berlaku di akhir zaman. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara tersendiri sebagai petanda yang jelas bahawa akhir zaman sudah di ambang pintu. Tuhan telah memberikan kepada kita banyak maklumat supaya kita bersedia, dan kita dipanggil untuk bersedia di setiap waktu.

Khamis, 17 Mac 2011

Apakah MAKNA KEHIDUPAN?

Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.

Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?

Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan “Apakah rancangan penyelamatan?” untuk maklumat lanjut).

Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28-30). “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.” (Matius 16:24-25). “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:4).

Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.

Tritunggal : Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus

Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.

Dalam menyelidiki tajuk pembelajaran ini kita perlu ingat bahawa istilah “Tritunggal” itu tidak ada digunakan dalam Alkitab. Istilah ini digunakan dalam usaha menjelaskan Tuhan yang bersifat tiga dalam satu iaitu kenyataan tentang terdapatnya 3 Peribadi bersifat sama-wujud, sama-kekal yang adalah Tuhan. Perlu dimengerti bahawa konsep ini sama sekali bukan mengatakan wujudnya 3 Tuhan. Tritunggal adalah satu Tuhan yang terdiri daripada 3 Peribadi. Tidak ada salahnya menggunakan istilah “Tritunggal” walaupun istilah ini tidak terdapat dalam Alkitab. Lebih singkat menggunakan istilah “Tritunggal” berbanding “3 wujud-bersama, kekal bersama yang adalah satu Tuhan”. Sekiranya penggunaan istilah tritunggal ini menjadi masalah kepada anda, maka pertimbangan seperkara ini: perkataan ‘datuk’ juga tidak digunakan dalam Alkitab. Tapi kita tahu bahawa terdapat ramai datuk dalam Alkitab. Abraham merupakan datuk kepada Yakub. Jadi jangan merasa janggal terhadap istilah “tritunggal” itu sendiri. Apa yang sangat mustahak adalah konsep yang disampaikan oleh istilah “tritunggal” memang terdapat dalam Alkitab. Setelah selesai dengan pengenalan, berikut merupakan ayat-ayat Firman yang selalu diberikan dalam perbincangan berhubung Tritunggal.

1) Ada satu Tuhan: Ulangan 6:4, 1 Korintus 8: 4; Galatia 3:20, 1 Timotius 2: 5

2) Tritunggal itu terdiri dari Tiga Peribadi: Kejadian 1:1; 1:26; 3:22; 11:7; Yesaya 6:8; 48:16; 61:1; Matius 3:16-17; Matius 28:19; 2 Korintus 13:14. Dalam Perjanjian Lama,pengetahuan kitab Ibrani sangat membantu. Dalam Kejadian 1:1, sebutan jamak “Elohim” digunakan. Tidak dapat dipertikai kata “Elohim” dan “kita” sebagai merujuk kepada lebih daripada dua. Dalam bahasa, terdapat hanya dua bentuk sebutan untuk bilangan iaitu tunggal atau jamak. Dalam bahasa Ibrani terdapat tiga bentuk sebutan: tunggal, berganda dan jamak. Berganda hanya untuk dua. Dalam bahasa Ibrani bentuk berganda digunakan untuk sesuatu yang berpasangan seperti pada mata,telinga dan tangan. Istilah “Elohim” dan “kita” adalah bentuk jamak – lebih daripada dua – dan pasti merujuk kepada lebih daripada tiga (Bapa, Anak Roh Kudus).

Dalam Yesaya 48:16 dan 61:1, Anak sedang bercakap sambil merujuk kepada Bapa dan Roh Kudus. Bandingkan Yesaya 61:1 dengan Lukas 4:14-19 bagi melihat bahawa Anak sedang berkata-kata. Matius 3:16-17 menceritakan peristiwa pembaptisan Yesus. Apa yang dapat dilihat di sini adalah Roh Kudus turun kepada Anak sementara Bapa mengisytiharkan rasa senang-Nya terhadap Anak. Matius 28:19 dan 2 Korintus 13:14 adalah contoh-contoh untuk 3 peribadi yang berbeza dalam Tritunngal.

3) Anggota Tritunggal dibezakan di antara satu dengan yang lain dalam beberapa petikan: Dalam Perjanjian Lama , “TUHAN” dibezakan daripada “Tuhan” (Kejadian 19:24; Hosea 1:4). “TUHAN” mempunyai seorang “Anak” (Mazmur 2: 7,12; Amsal 30:2-4). Roh dibezakan daripada “TUHAN” (Bilangan 27:18) dan daripada “Allah” (Mazmur 51:12). Anak berbeza dengan Bapa (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dalam Perjanjian Baru iaitu dalam Yohanes 14:16-17, Yesus bercakap tentang Bapa mengirim Roh Kudus sebagai Penolong. Ini menunjukkan bahawa Yesus tidak menganggap diri-Nya sebagai Bapa atau Roh Kudus. Pertimbangkan juga tentang Yesus yang bercakap-cakap kepada Bapa dalam keempat kitab Injil. Adakah Dia berkata-kata kepada diri-Nya sendiri? Tidak. Dia berkata-kata kepada satu Peribadi yang merupakan salah satu Peribadi dalam Allah Tritunggal iaitu kepada ‘Bapa’.

4) Setiap anggota Tritunggal adalah Tuhan. Bapa adalah Tuhan: Yohanes 6;27; Roma 1: 7; 1 Petrus 1: 2. Anak adalah Tuhan: Yohanes 1:1, 14; Roma 9:5; Ibrani 1: 8; 1 Yohanes 5: 20. Roh Kudus adalah Tuhan: Kisah 5: 3-4; 1 Korintus 3: 16 (Yang tinggal di dalam kita adalah Roh Kudus – Roma 8: 9; Yohanes 14: 16-17; Kisah Rara Rasul 2: 1-4)

5) Kedudukan pangkat dalam Tritunggal: Firman Tuhan menunjuk bahawa Roh Kudus lebih rendah kedudukan kepada Bapa dan Anak, sementara Anak lebih rendah kedudukan kepada Bapa. Inilah bahagian yang paling sukar dimengerti oleh fikiran manusia yang terbatas berkenaan Tuhan kita yang tidak terbatas. Tentang Anak lihat: Lukas 22:42; Yohanes 5:36; Yohanes 20:21; 1 Yohanes 4:14. Berhubung Roh Kudus: Lihat Yohanes 14:16, 26; 16: 7 terutama sekali Yohanes 16: 13-14.

6) Tugas-tugas setiap peribadi dalam Tritunggal: Bapa adalah punca utama atau penyebab kepada: 1) alam semesta ( 1 Korintus 8: 6; Wahyu 4:11); 2) wahyu ilahi (Wahyu 1: 1); 3) keselamatan (Yohanes 3:16-17) dan 4) apa yang dikerjakan Yesus sebagai manusia (Yohanes 5:17; 14:10). Kesemua perkara ini berlaku di atas inisiatif Bapa.

Anak adalah saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (1 Korintus 8:6; Yohanes 1: 3; Kolose 1: 16-17), 2) wahyu ilahi (Yohanes 1:1; Matius 11:27; Yohanes 16:12-15; Wahyu 1:1); dan 3) keselamatan (2 Korintus 5:19; Matius 1:21; Yohanes 4:42). Bapa melakukan semua ini melalui Anak yang berperanan sebagai ajen-Nya.

Roh Kudus merupakan saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (Kejadian 1:2; Ayub 26;13; Mazmur 104:30); 2) wahyu ilahi (Yohanes 16: 12-15); Efesus 3: 5; 2 Petrus 1: 21); dan 4) pekerjaan-pekerjaan Yesus (Yesaya 61:1; Kisah Para Rasul 10:38). Demikianlah Bapa melakukan kesemua perkara ini dengan kuasa Roh Kudus.

Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baka tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana. Daripada memfokus kepada Tritunggal, adalah lebih baik memfokus kepada sifat dan kebesaran Tuhan yang sangat tidak terbatas berbanding dengan kita. “O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?” (Roma 11:33-34)

Selasa, 15 Mac 2011

Bagaimana mengatasi dosa dalam kehidupan?

Kitab injil membincangkan perkara-perkara berikut yang membolehkan kita mendapat kuasa bagi mengatasi dosa.

(1) Roh Kudus – Hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Kristian (Gereja) supaya dapat hidup dengan berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dengan buah daripada Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perenggan itu, kita disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Hal ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus dan bukannya mengikut nafsu badan.

Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang dibawa oleh Roh Kudus boleh dilihat melalui kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia berkata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia berkhutbah dengan berani mengenai Yesus di hadapan orang Yahudi di Pentakosta.

Orang yang menjalani hidup melalui Roh Kudus tidak akan menghalang pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 “Janganlah halang Roh Allah”) dan cuba diurapi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dikuasai oleh roh kudus? Pertama sekali, ialah keputusan yang dibuat oleh Tuhan dalam Perjanjian Lama. Tuhan memilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; dan lain-lain). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan memilih mereka yang memenuhi diri mereka dengan Firman Tuhan kerana kesan semua perkara itu adalah sama. Hal ini membawa kita kepada sumber berikut.

(2) Firman Tuhan, Kitab Injil – 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa Tuhan memberi kita Firman-Nya supaya kita boleh berbuat baik. Firman-Nya mengajar kita cara untuk hidup dan segala yang perlu dipercayai, membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbetulkan kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 menyatakan bahawa, Firman Tuhan ialah kuasa yang boleh menusuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 menyatakan bahawa Firman Tuhan ialah kuasa yang mengubah hidup kita. Yosua diberitahu bahawa punca kejayaannya semasa mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah tidak melupakan Firman Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Yosua mengikut prinsip ini dan berjaya dalam peperangan mendapatkan tanah janji Tuhan.

Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak mengingati ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa kita dan lupa memuji Tuhan kerana memberi Firman-Nya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Firman Tuhan adalah penting untuk rohani kita. Kita hanya membaca sedikit daripada Firman Tuhan sebagai makanan rohani semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk pertumbuhan yang sihat) atau kita membaca tanpa meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Firman Tuhan.

Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Firman Tuhan setiap hari secara serius, maka kamu perlu menerima sentuhan daripada Roh Kudus supaya mengingatkan kamu membaca Firman Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya cadangkan kamu menulis Firman Tuhan yang pada pendapat kamu penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak melupakan Firman Tuhan yang penting semasa kamu membuat nota sendiri. Saya juga mencatatkan doa-doa saya dan meminta Tuhan untuk mengubah sebahagian daripada hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus gunakan dalam hidup kita (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting iaitu perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!

(3) Doa – Satu lagi sumber penting yang diberikan oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa dan masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak berdoa dengan betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu memberitahu kita bahawa dia berdoa untuk mereka yang diajar olehnya. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tuhan memberi kita janji yang besar mengenai doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga mengatakan bahawa doa itu penting semasa berperang dengan kuasa jahat (Efesus 6:18).

Betapa pentingnya hal ini? Lihat kepada segala yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Getsemani sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan berkata, “Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.” (Matius 26:41). Kita, seperti Petrus, mahu membuat segala yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikut nasihat Tuhan iaitu selalu mencari, mengetuk pintu dan bertanya-tanya … dan dia akan memberikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada kata-kata dari mulut sahaja.

Saya bukan mengatakan bahawa doa ini seperti ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah satu cara mengaku kelemahan kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk mendapatkan kuasa dan tenaga bagi melakukan segala yang Tuhan mahu kita lakukan dan bukannya segala yang kita mahu lakukan kerana nafsu kita sendiri (1 Yohanes 5:14-15).

(4) Gereja – sumber akhir ini juga sering kita lupakan. Semasa Yesus menghantar pengikutnya keluar, Dia menghantar mereka dua orang sekali (Matius 10:1). Apabila kita membaca cerita mubaligh di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi bergerak dalam kumpulan. Yesus berkata bahawa apabila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita supaya jangan berhenti berkumpul dan menggunakan masa berkumpul itu untuk menggalakkan sesama sendiri dengan kasih sayang dan melakukan hal yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Melalui kebijaksanaan Perjanjian Lama, kita diberitahu bahawa besi menajamkan besi, jadi seseorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan." (Pengkhutbah 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersatu padu.

Terdapat orang yang mencari rakan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka mengenai hidup mereka mengikut ajaran agama Kristian dan berusaha mengatasi masalah ketidakpercayaan. Mereka juga berdoa untuk satu sama lain dengan menggunakan Firman Tuhan.

Kadang-kadang perubahan datang dengan segera. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu perubahan adalah lambat. Tetapi Tuhan berjanji bahawa jika kita menggunakan sumber yang diberikan oleh-Nya, Dia akan membawa perubahan yang baik ke dalam hidup kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Tuhan taat kepada janji-Nya sendiri.

Isnin, 14 Mac 2011

Bayaran Perpuluhan - Kewajipan yang harus?

Bayaran sepuluh peratus ialah satu isu yang menyukarkan bagi ramai Kristian. Dalam banyak gereja, bayaran sepuluh peratus terlalu dititikberatkan. Pada masa yang sama, ramai Kristian yang tidak memberi bayaran kepada Tuhan dengan rela hati untuk kemuliaan Tuhan. Bayaran sepuluh peratus sepatutnya satu kepuasan hati, satu restu, tetapi sedih sekali, keadaan ini tidak berlaku di gereja sekarang.

Bayaran sepuluh peratus ialah konsep Perjanjian Lama. Bayaran sepuluh peratus ialah keperluan mengikut hukum Tuhan di mana semua orang Israel memberi 10% pendapatan mereka kepada Gereja Tuhan (Imamat 27:30; Bilangan 18:26; Ulangan 14:24; 2 Tawarikh 31:5). Adalah difahamkan bahawa bayaran sepuluh peratus mengikut Perjanjian Lama ialah satu cara pencukaian yang memberi keperluan hidup kepada paderi dan orang Lewi. Perjanjian Baru tidak mewajibkan Kristian membayar duit kepada gereja. Paulus mengatakan bahawa penganut patut memberi sebahagian daripada pendapatan mereka untuk menyokong gereja (1 Korintus 16:1-2).

Perjanjian Baru tidak menyatakan jumlah peratus daripada pendapatan yang patut diberi, tetapi hanya menyatakan perlu “sepadan dengan pendapatan masing-masing” (1 Korintus 16:2). Ada gereja Kristian yang merujuk kepada Perjanjian Lama dan menyatakan bahawa 10% ialah jumlah minimum untuk diberikan kepada gereja. Tetapi Kristian tidak semestinya berasa adalah tanggungjawab mereka untuk memberi 10%. Pemberian ini sepatutnya bergantung kepada keupayaan Kristian dan keperluan gereja. Setiap Kristian patut berdoa kepada Tuhan mengenai berapa banyak bayaran yang sepatutnya mereka berikan untuk kemuliaan Tuhan (Yakobus 1:5). “Masing –masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati” (2 Korintus 9:7).

Kebenaran di sebalik "Saksi-saksi Yehovah"


Kultus yang dikenali sebagai Saksi-saksi Yehovah telah bermula di Pennsylvania dalam tahun 1870 sebagai sebuah kelas Alkitab pimpinan Charles Taze Russel. Russell menamakan kumpulannya sebagai “Penyelidikan Alkitab Menjelang Kerajaan 1000 tahun.” Charles T. Russell mula menulis beberapa siri buku yang diberi tajuk ”Menjelang 1000 Tahun”, yang kemudian berkembang sehingga 6 jilid sebelum kematiannya. Penulisan Russell mengandungi banyak daripada teologi yang dipegang Saksi-saksi Yehovah pada hari ini. Setelah kematiannya dalam tahun 1916, sahabat dan pengganti Russell yang bernama Hakim J. F. Rutherford, menulis jilid ketujuh dan terakhir dalam siri “Menjelang 1000 Tahun” dalam tahun 1917. Buku itu berjudul “Misteri yang Selesai”. Alkitab Watchtower dan Tract Society diasakan dalam tahun 1886 dan menjadi saluran melalui mana gerakan “Menjelang Kerajaan 1000 Tahun” menyebarkan pandangan mereka kepada orang lain. Pada mulanya kumpulan ini dikenali sebagai “Pengikut-pengikut Russel” sehingga tahun 1931. Perpecahan dalam pertubuhan itu telah mengakibatkan ia diberikan nama baru sebagai “Saksi-saksi Yehovah”. Kumpulan yang daripadanya ia berpecah dikenali sebagai “Pelajar-pelajar Alkitab”.

Apakah kepercayaan Saksi-saksi Yehovah? Penyelidikan terperinci ke atas pengajaran mereka tentang keTuhanan Kristus, keselamatan, tritunggal, Roh Kudus dan penebusan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berpegang kepada pengajaran iman yang asli. Saksi-saksi Yehovah percaya Yesus adalah Penghulu Malaikat Michael, mahluk ciptaan Tuhan nyang paling tinggi. Ini bertentangan dengan banyak ayat Firman yang dengan jelas mengatakan Yesus sebagai Tuhan (Yohanes 1:1,14, 8:58, 10:30). Saksi-saksi Yehovah percaya keselamatan diperolehi melalui gabungan iman dan perbuatan baik serta ketaatan. Ini bertentangan dengan banyak Firman Tuhan yang mengatakan keselamatan merupakan pemberian anugerah yang diterima dengan iman (Yohanes 3:16; Efesus 2:8-9; Titus 3:5). Saksi-saksi Yehovah menolak tritunggal dan percaya Yesus sebagai mahluk yang diciptakan dan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang tidak bernyawa. Saksi-saksi Yehovah menolak konsep penebusan Kristus yang menggantikan tempat kita dan sebaliknya berpegang kepada teori wang tebusan, di mana kematian Yesus sebagai wang tebusan kepada dosa Adam.

Bagaimanakah Saksi-saksi Yehovah membenarkan pengajaran-pengajaran yang tidak Alkitabiah ini? Pertama sekali mereka mengatakan gereja telah merosakkan Alkitab sejak dahulu kala dan mereka telah menterjemah Alkitab ke dalam terjemahan yang mereka sebut sebagai ‘Terjemahan Dunia Baru’ (New World Translation). Watchtower Bible dan Tract Society mengubah ayat-ayat dalam Alkitab untuk disesuaikan dengan ajaran palsu mereka. Mereka tidak mendasarkan pengajaran mereka kepada apa yang sesungguhnya dikatakan oleh Alkitab. Terjemahan Dunia Baru telah menjalani banyak sekali suntingan apabila Saksi-saksi Yehovah menjumpai ayat Firman Tuhan yang bertentangan dengan pengajaran mereka.

Pihak Watchtower mendasarkan kepercayaan dan pengajarannya ke atas pengajaran asli Charles Taze Russell, Judge Joseph Franklin Rutherford dan pengganti-pengganti mereka. Badan yang berkuasa ke atas Alkitab Watchtower Bible dan Tract Society merupakan badan satu-satunya dalam kultus itu yang dikatakan berwibawa untuk menafsir Alkitab. Dalam kata lain, apa yang dikatakan oleh badan penguasa berhubung mana-mana bahagian Firman diambil sebagai kata-kata terakhir dan pendapat yang berbeza tidak digalakkan sama sekali. Ini sangat bertentangan dengan nasihat Paulus kepada Timotius (juga kepada kita) untuk berusaha agar layak di hadapan Tuhan supaya tidak menjadi malu apabila kita dengan berterus terang memberitakan perkataan kebenaran itu. Nasihat dalam 2 Timotius 2:15 ini merupakan arahan yang jelas daripada Tuhan kepada setiap anak-anak-Nya agar mereka menjadi seperti orang-orang Kristian di Berea yang menyelidiki Firman setiap hari untuk melihat samada pengajaran yang diterima mereka selaras dengan Firman Tuhan.

Barangkali tidak ada kumpulan keagamaan yang lebih setia berbanding Saksi-saksi Yehovah dalam menyebarkan mesej mereka. Malangnya mesej mereka dipenuhi dengan begitu banyak pemesongan,penipuan dan ajaran palsu. Semoga Tuhan membuka hati para Saksi-Saksi Yehovah terhadap kebenaran Injil dan pengajaran Firman Tuhan yang benar.

Ahad, 13 Mac 2011

Sekali diselamat, sentiasa terselamat?


Adakah seorang Kristian yang diselamatkan sekali bermakna dia akan sentiasa terselamat? Apabila seseorang mengenali Kristus sebagai penyelamat, mereka menjalin satu hubungan dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan mereka yang kekal abadi. Banyak perenggan di dalam Kitab Injil yang mengumumkan fakta ini. (a) Roma 8:30 menyatakan bahawa, “Begitulah Allah memanggil mereka yang telah ditetapkan-Nya dari dahulu; Allah membolehkan mereka yang dipanggil-Nya itu berbaik semula dengan Dia, dan Allah memberikan sebahagian daripada kemuliaan-Nya kepada mereka yang dibolehkan-Nya berbaik semula dengan Dia”. Ayat tersebut memberitahu kita bahawa ketika Tuhan memilih kita, maka adalah seperti kita diberi kemuliaan bersamanya di syurga. Tiada sebarang benda yang boleh menghalang seseorang yang percaya kepada Tuhan daripada mendapat kemuliaan jika Tuhan sudah menentukannya di syurga. Apabila seseorang dianggap sempurna oleh Tuhan, maka penyelamatannya dijamin akan kekal – dia telah terselamat bagai telah berada di dalam kemuliaan syurga.

(b) Paulus juga bertanya soalan yang kritikal di dalam Roma 8:33-34, “Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tidak seorang pun, Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah”. Siapa yang boleh menuduh orang yang dipilih oleh Tuhan? Tiada sesiapa kerana Yesus ialah penyelamat kita. Siapa yang boleh mengatakan kita berdosa? Tiada sesiapa, kerana Kristus, sudah mati untuk kita, Dia yang mengadili kita. Kita mempunyai pengadil dan penyelamat sebagai Tuan kita.

(c) Penganut dilahirkan semula (diperbaharui) semasa mereka percaya (Yohanes 3:3; Titus 3:5). Bagi seorang Kristian yang kehilangan penyelamatannya, dia mesti telah mengalami proses yang bertentangan dengan pembaharuan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kelahiran semula boleh diambil alih. (d) Roh Kudus hidup di dalam semua penganut (Yohanes 14:17; Roma 8:9) dan membaptis mereka menjadi Badan Kristus (1 Korintus 12:13). Seorang penganut hanya akan menjadi tidak terselamat apabila dia ditinggalkan oleh Roh Kudus dan terpisah daripada Badan Kristus. (e) Yohanes 3:15 mengatakan bahawa barang sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan mempunyai “kehidupan abadi”. Jika kamu percaya kepada Kristus hari ini dan kehilangannya esok, maka ini bukan abadi lagi. Jika kamu boleh kehilangan kehidupan abadi, maka janji-janji di dalam Kitab Injil adalah tidak benar.

(f) Sebagai kesimpulannya, saya rasa Kitab Injil betul apabila menyatakan bahawa, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.” (Roma 8:38-39). Ingat bahawa Tuhan yang menyelamatkan kamu ialah Tuhan yang melindungi kamu. Sekali diselamatkan bermakna sentiasa terselamat. Penyelamatan kita akan berkekalan sehingga abadi.

Khamis, 10 Mac 2011

Doa Bapa Kami - satu doa yang perlu dihafal atau bagaimana?

Doa ‘Bapa Kami’ adalah doa yang diajarkan Yesus kepada murid-murid-Nya dalam Matius 6:9-13 dan Lukas 11:2-4. Matius 6:9-13 berkata, “Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu,datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga.Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami; dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat. Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.” Ramai orang keliru dan mengatakan Matius 6: 9-13 sebagai doa yang kita perlu hafaz. Ada yang mengambil doa Bapa Kami sebagai rumusan untuk kuasa sihir, seolah-olah perkataan-perkataan tersebut mempunyai kuasa khusus atau berpengaruh terhadap Tuhan.

Alkitab mengajar perkara yang sebaliknya. Tuhan lebih memperhati keadaan hati kita sewaktu berdoa berbanding kata-kata yang diucapkan. “Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu bertele-tele seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan.” (Matius 6:6-7). Kita mencurahkan hati kita kepada Tuhan dalam doa (Filipi 4:6-7), bukan setakat mengulangi kembali bahagian Firman Tuhan yang sudah dihafaz.

Doa ‘Bapa Kami’ perlu diambil dan difahami sebagai satu contoh dan corak tentang bagaimana berdoa. Ia memberikan kita “bahan-bahan” yang perlu ada dalam doa kita. Berikut adalah pemecahan bahagian-bahagiannya. “Bapa kami yang di syurga” mengajar tentang arah tuju doa kita. Kita tujukan kepada Bapa di Syurga. “Dikuduskanlah nama-Mu” mengajar untuk menyembah Tuhan, dan memuji Tuhan ke atas Siapa Dia sesungguhnya. Kata-kata “kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mu jadilah” merupakan peringatan untuk mendoakan agar kehendak Tuhan yang akan berlaku dalam kehidupan kita dan dunia ini. Kita perlu berdoa agar kehendak Tuhan yang terjadi, bukan kehendak kita. Kita didorong untuk meminta kepada Tuhan perkara-perkara yang kita perlukan pada bahagian “berikan kami makanan kami yang secukupnya.” “Ampuni kesalahan kami, sebagaimana kami juga mengamouni orang yang bersalah terhadap kami” memperingatkan kita untuk bertaubat daripada dosa dan memberikan pengampunan kepada orang yang bersalah terhadap kita sebagaimana Tuhan juga telah mengampuni kita. Di bahagian penutup doa Bapa Kami, “Janganlah membawa kami ke dalam pencobaan tetapi jauhkan kami daripada yang jahat” merupakan satu permohonan untuk mendapatkan kemenangan terhadap dosa dan perlindungan daripada serangan Iblis.

Jadi doa Bapa Kami bukanlah doa yang perlu dihafaz dan disebut semula kepada Tuhan. Ia merupakan contoh bagaimana harus berdoa. Adakah salah untuk menghafaz doa ‘Bapa Kami’? Tentu tidak! Adakah salah untuk mendoakan doa ‘Bapa Kami’ kepada Tuhan? Tidak, sekiranya anda melakukannya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh mengatakan setiap perkataan yang diucapkan. Dalam doa, Tuhan lebih berminat kepada komunikasi kita dengan Dia di mana kita bercakap dari dalam hati berbanding kata-kata khusus yang digunakan. Filipi 4:6-7 berkata “Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apa pun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus.”

Puasa Kristian - apakah yang dikatakan Alkitab?


Firman Tuhan tidak memberi perintah supaya orang Kristian berpuasa. Tuhan tidak meminta atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama Alkitab menyatakan bahawa puasa itu baik dan menguntungkan. Dalam Kisah Para Rasul orang-orang percaya berpuasa sebelum mengambil keputusan-keputusan penting (Kisah 13:4, 14:23). Puasa dan doa seringkali dikaitkan bersama (Lukas 2:37; 5:33). Terlalu sering, puasa berfokus kepada pengurangan makanan. Sebenarnya puasa bertujuan mengalihkan pandangan kita daripada perkara-perkara dunia untuk fokus sepenuhnya kepada Tuhan. Puasa merupakan cara untuk menyatakan kepada Tuhan dan diri sendiri bahawa kita bersungguh-sungguh dalam perhubungan dengan Dia. Berpuasa membantu kita untuk mendapatkan sudut pandangan baru dan memperbaharui kebergantungan kita kepada Tuhan.

Walaupun hampir setiap peristiwa berpuasa dalam Alkitab merupakan penahanan diri terhadap makanan, terdapat cara lain juga untuk berpuasa. Apa yang kita lepaskan seketika supaya dapat memberi perhatian dan fokus kepada Tuhan boleh dikira sebagai berpuasa (1 Korintus 7:1-5). Berpuasa perlu ditetapkan pada masa tertentu, terutama sekali apabila mehanan diri terhadap makanan. Masa yang diperpanjang tanpa makanan dapat memudaratkan tubuh. Berpuasa bukan bertujuan menyiksa tubuh, tetapi untuk mengarahkan semula perhatian kita kepada Tuhan. Berpuasa juga tidak boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan. Tujuan berpuasa Alkitabiah bukan untuk mengurangkan berat badan melainkan untuk mendapatkan perhubungan lebih dalam dengan Tuhan. Semua orang dapat berpuasa, tetapi beberapa orang mungkin tidak dapat berpuasa dari makanan (Contoh, orang bepenyakit kencing manis). Semua orang dapat melepas sesuatu untuk seketika bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.

Dengan mengalihkan pandangan daripada perkara dunia, kita dapat memberikan perhatian kepada Tuhan. Berpuasa bukan cara untuk mendapatkan Tuhan melakukan kehendak kita. Berpuasa mengubah kita, bukan mengubah Tuhan. Kita berpuasa juga bukan untuk kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Berpuasa perlu dilakukan dalam roh yang rendah hati dan sikap hati yang penuh sukacita. Matius 6:16-18 berkata, "Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahwa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013