Selasa, 16 Julai 2013

PAN Youth! Bangkit Anak Negeri!

Shalom!

Pada 20 Julai 2013 ini, suatu perhimpunan akan diadakan yang diberi nama "Perhimpunan Anak Negeri Youth" di Gereja Maranatha, Penampang. Oleh itu, admin telah berhubung dengan komiti pelaksana PAN Youth melalui laman page facebook "PAN Youth". Berikut merupakan latar belakang, visi dan misi pelaksanaan acara yang amat baik ini.

Kenapa PAN Youth?
Poster "RUMUMUN" Anak Negeri Youth

Sepanjang satu tahun yang lalu, gerakan PAN(Perhimpunan Anak Negeri) ke daerah-daerah di Sabah dijalankan secara berturut-turut. Ini melibatkan pemimpin-pemimpin senior gereja, pemimpin-pemimpin muda dan juga anak-anak muda. Kemuncak PAN diadakan di KDCA (6-8 Mei 2013) dimana semua anak-anak negeri berkumpul untuk menyembah, bersekutu, bersatu sebagai satu keluarga di tanah ini dimana Tuhan sudah menempatkan anak-anakNya.

Selepas PAN, pemimpin-pemimpin baik yang senior atau youth leaders, rindu melihat anak-anak muda untuk menangkap visi dan misi PAN kerana anak-anak muda lah yang akan menjadi pelapis untuk kepimpinan gereja dan juga kepimpinan di 'market place'

Juga, sebagai satu keluarga dimana ada golongan yang tua dan muda, harapan untuk melihat anak-anak muda untuk BANGKIT dan SEDAR akan 'urgency' untuk mengenal dan mengambil posisi mereka di tanah ini menjadi PENGGERAK/TUJUAN utama kenapa PAN Youth diadakan. Anak-anak muda harus bangkit kerana Tuhan supaya mereka tidak leka dan 'miss out' lawatan Tuhan di tanah ini.

Perhimpunan Doa Orang Asli

Tujuan PAN atau PAN Youth diadakan sama sekali bukanlah bersifat politik tetapi ia bersifat kekeluargaan (One family). Untuk menyatukan anak-anak muda dari semua gereja, tidak kira denominasi, untuk sama-sama berdoa, menyembah dan bersekutu sebagai satu KELUARGA.

Visi:
Membangkitkan anak-anak muda untuk sedar akan peranan mereka, mengambil tempat mereka untuk menjaga tanah ini. 

Misi:
1. Mengadakan persekutuan muda-mudi anak negeri yang pertama.
2. Berkongsi tentang visi PAN, peranan muda-mudi dan tujuan PAN.
3. Meningkatkan kesedaran tentang PAN dalam kalangan muda-mudi, dan juga kesatuan.

Admin: Sama-sama kita bangkit untuk tanah kita dan negeri kita! Bangkit Anak Negeri!
Info lanjut mengenai perhimpunan ini boleh terus merujuk page ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013