Jumaat, 15 November 2013

Siapakah Gospel for Asia?

Shalom! Admin terserempak dengan sebuah laman web yang sangat memberkati admin secara peribadi. Admin mula untuk memuat turun 2 buah buku iaitu Revolution in World Missions dan No Longer a Slumdog hasil nukilan seorang hamba Tuhan yang bernama K.P. Yohannan. Beliau telah mengasaskan sebuah pelayanan yang dipanggil Gospel for Asia. Berikut merupakan sebuah nukilan yang menerangkan pelayanan ini yang di tulis dalam laman ini.

Mengenai Gospel for Asia

Keperluan luar biasa di Asia!

Lebih 80,000 orang yang meninggal dunia di negara-negara Asia belum tahu tentang kasih Yesus Kristus. 500,000 kampung di India sendiri masih belum mendengar mengenai Injil. Gospel for Asia, yang diasaskan oleh K.P. Yohannan, mengikuti cara Tuhan dengan berkongsi peluang bersama dengan Tubuh Kristus di serata dunia untuk membawa ribuan jiwa lagi untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah.



Gospel for Asia berfokus untuk menjangkau orang-orang yang belum dijangkau di Asia dan membolehkan orang-orang Kristian di barat untuk terlibat sama dalam membawa pengharapan kepada yang terhilang.

Para missionari mahu untuk menyerahkan hidup mereka sepenuhnya supaya lebih ramai orang akan mendengar tentang kasih Kristus. Mereka tahu tentang budaya dan bahasa di sana, dan mereka mempunyai hati untuk menjangkau jiwa-jiwa yang ada di kawasan pedalaman Asia.

Kami turut melayani anak-anak melalui pelayanan Gospel for Asia's Bridge of Hope program, dengan memberikan pelajaran, makanan yang berkhasiat serta suasana kasih kepada lebih dari 60,000 anak-anak di seluruh India Selatan. Anak-anak ini ialah generasi pewaris seterusnya, dan kami mau untuk memperkenalkan kepada mereka nilai mereka yang berharga di dalam Kristus.

Melalui Gospel for Asia's Compassion Services, kami dapat membantu mangsa-mangsa bencana alam, berpenyakit, janda dan orang-orang miskin. Kami berusaha untuk menyediakan keperluan mereka yang sangat memerlukan.

Lebih daripada 30 tahun Tuhan telah bekerja melalui Gospel for Asia,  membawa keperluan dan pengharapan kepada orang-orang yang sangat direndah-rendahkan di Asia Selatan.


  • Lebih 2 juta orang belum mendengar Injil dalam bahasa mereka sendiri.
  • Hanya seorang pekerja mission untuk setiap 78,000 orang dalam kalangan orang-orang yang belum terjangkau.
  • Lebih daripada 1,200 kumpulan budaya dalam dunia ini tidak mempunyai gereja di antara mereka.
  • Lebih 85% negara di Asia tidak membenarkan missionari barat untuk mengongsikan Injil dan membuat persekutuan
Melalui mata Yesus
"Saya berdoa supaya Gospel for Asia akan menjadi seperti jambatan, untuk memberi peluang untuk melangkah dari pekerjaan anda kepada ladang perlayanan di Asia.

Semoga anda membenarkan Tuhan memakai kehidupan anda untuk mengubah destini ramai jiwa melalui doa dan penyertaan anda dalam pelayanan bersama-sama dengan keluarga di dalam Kristus yang lain. Seabad yang akan datang, kamu akan merasa gembira kerana melakukannya."
-K.P. Yohannan

Presiden dan Pengasas Gospel for Asia

Telah di transliterasi ke Bahasa Melayu oleh Brian Ginsos.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013