Shalom! Salam damai dalam Kristus Yesus!
Sambungan untuk entri yang lalu iaitu Kem Transformasi 2012 : Part 1, entri ini akan menceritakan kem yang diadakan pada cuti hari raya, yang diadakan di BEM Bukit Song, Miri!
Ini bukanlah kali pertama admin berkunjung ke negeri Sarawak, tetapi pertama kali buat admin untuk berada di daerah Miri ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang kem ini berlangsung dan puji Tuhan! Tuhan sentiasa menyertai kami sepanjang admin dan rakan-rakan pelayanan disana. Ini juga merupakan pertama kali kami mengaplikasikan senjata-senjata rohani dalam pelayanan kami seperti sangkakala, bendera dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, Iblis tidak senang dengan apa yang kami lakukan, namun kami percaya bahawa di dalam Yesus, kami telah memperoleh kemenangan itu!
Admin tidak dapat menceritakan dengan lebih panjang lebar lagi. Terus menyokong admin dengan doa kalian semua. Amen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan