Khamis, 31 Januari 2013

Apakah Injil benar-benar Firman Tuhan?

Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.


Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.

Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain? Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.

Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, “Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.

Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.

Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti Kitab Injil.

Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.

Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.

Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.

Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan!. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.

Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.

Jumaat, 18 Januari 2013

Apakah MAKNA KEHIDUPAN?

Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? 

 Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.

Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar:

  1. Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25);
  2. Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15);
  3. Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8);
  4. Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26)


Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?

Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya.

Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:

Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.(Matius 11:28-30)

Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.(Yohanes 10:10).

 “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.(Matius 16:24-25)

Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.(Mazmur 37:4).

Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.

Sumber : Got Questions? Melayu

Kem Transformasi 2012 : Part 2

Shalom! Salam damai dalam Kristus Yesus!

Sambungan untuk entri yang lalu iaitu Kem Transformasi 2012 : Part 1, entri ini akan menceritakan kem yang diadakan pada cuti hari raya, yang diadakan di BEM Bukit Song, Miri! 

Ini bukanlah kali pertama admin berkunjung ke negeri Sarawak, tetapi pertama kali buat admin untuk berada di daerah Miri ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang kem ini berlangsung dan puji Tuhan! Tuhan sentiasa menyertai kami sepanjang admin dan rakan-rakan pelayanan disana. Ini juga merupakan pertama kali kami mengaplikasikan senjata-senjata rohani dalam pelayanan kami seperti sangkakala, bendera dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, Iblis tidak senang dengan apa yang kami lakukan, namun kami percaya bahawa di dalam Yesus, kami telah memperoleh kemenangan itu!

Admin tidak dapat menceritakan dengan lebih panjang lebar lagi. Terus menyokong admin dengan doa kalian semua. Amen.



Selasa, 1 Januari 2013

Kem Transformasi 2012 : Part 1

Shalom! Salam damai dalam Kristus Yesus Tuhan kita!

Pada post kali ini, admin akan menceritakan pengalaman-pengalaman yang admin terima melalui satu pelayanan yang admin ikuti iaitu pelayanan Kem Transformasi yang juga dikenali sebagai TCamps!

Apa itu Kem Transformasi (TCamps)?

Untuk pengetahuan anda semua, TCamps ini adalah sebuah program khusus untuk pelajar Sekolah Menengah, penuntut Universiti/Kolej pada waktu cuti sekolah/semester. Program ini bertujuan untuk menjangkau anak-anak muda untuk lebih dekat kepada Tuhan dan melahirkan generasi yang takut akan Allah dan melakukan apa yang sesuai dengan Firman Tuhan.

Apa yang berlaku dalam TCamps?

Banyak perkara yang diajar di dalam kem ini. Salah satunya adalah mengenai karunia Roh, pujian dan penyembahan dan juga kepimpinan. Kem ini tidak tertumpu kepada pembelajaran Firman Tuhan secara lebih formal, tetapi dipelbagaikan dan diselitkan beberapa aktiviti yang membina jati diri peserta dalam kem ini. Sesi riadah dan permainan adalah antara tarikan dalam kem ini kerana setiap aktiviti riadah dan permainan yang dibuat sepanjang kem bukan hanya untuk suka-suka sahaja tetapi mempunyai sebab untuk meningkatkan kepimpinan generasi muda serta membentuk jati diri peserta untuk lebih tekun dalam Kristus.

Sejarah permulaan TCamps?

Salah seorang rakan admin iaitu Si Domba Putih telah menuliskan sejarah permulaan pelayanan TCamps ini. Sila klik pautan ini untuk membaca dengan lebih lanjut!

Kem Transfomasi Ranau

Bagaimana admin terpanggil untuk melayani dalam TCamps?

Secara jujurnya, admin tidak menyangka bahawa admin akan turut serta dalam pelayanan TCamps ini. Admin telah mengikuti TCamps yang pertama di Sabah pada tahun 2012 iaitu di SIB Bundu, Kawasan Tambunan sebagai peserta. Admin bersama-sama beberapa rakan yang lain mengikuti kem ini dan Tuhan benar-benar telah mengubah fikiran kami yang mengikuti kem ini. Dari saat itu, admin bersama dengan beberapa rakan lain mengambil komitmen untuk bersama dengan pelayanan ini! Beberapa minggu sebelum TCamps pada cuti sekolah pertengahan tahun, admin dihubungi oleh komiti TCamps untuk membantu dalam pelayanan ini! Admin bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan sudah menyediakan satu platform bagi admin untuk melayani bukan sahaja kepada orang-orang yang sudah dikenali, malah kepada ramai lagi anak-anak muda yang mungkin telah hanyut dengan pengaruh-pengaruh duniawi. Sejak dari saat itu, admin telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar pelayanan TCamps yang kini bertapak di Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia.

Pelayanan TCamps Mei-Jun 2012

Pelayanan bermula di daerah Pitas, kemudian membantu di dalam pelayanan Ps. Ong Boon Cheang dalam High School Conference di SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu, dan kemudiannya bergerak ke daerah Kota Marudu. Sesudah pelayanan di Kota Marudu, kami membantu pula pelayanan Ps. Ong yang dijemput sebagai pengkhotbah undangan di Youth Camp, BCCM Taman Suria Penampang. Seterusnya kami mengakhiri ekspidisi pelayanan kami di daerah Kudat! Banyak perkara yang admin telah belajar melalui kem ini, bukan lagi sebagai peserta, tetapi sebagai fasilitator. Admin telah banyak belajar mengenai pelayanan dan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam pelayanan! Semuanya atas tunjuk ajar fasilitator senior, komiti dan juga Ps Ong dan Ps Perry. 

Admin ketika pelayanan!

Admin akan sambung kisah admin pada entri akan datang! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013