Terdapat sebuah cerita yang saya dapat dari laman web http://renungan-kristen.blogspot.com/ tentang seekor anjing yang telah dilanggar sebuah kereta. Kawannya berusaha untuk membangunkan kawan yang mati. Dia berusaha untuk menggerakkan kawannya ketepi tetapi dia tidak sanggup berbuat demikian Ketika ada orang lain yang mahu menolong, anjing itu menyalak supaya rakannya tidak diganggu. Walau dengan lalulintas yang agak sesak, dia tetap berada disisi rakannya. Ramai orang yang melihat kejadian ini terharu akan anjing itu yang setia dengan rakannya.
Bagaimana dengan anda... adakah anda setia dengan rakan anda
Kita sentiasa bertanya " adakah saya harus memaafkan" ketika rakan kita membuat salah...
Padahal, hal yang sebernarnya, kita harus bersama-sama meminta dan memaafkan.
Adakalanya kita terlalu sibuk akan hal sendiri tanpa memikirkan apa yang telah berlaku kepada mereka yang memungkinkan mereka memerlukan kita...
Berikanlah yang terbaik kepada sahabat seperti kita memberikan apa yang baik dimata Allah. Biarlah mereka sentiasa mengingati kita apabila kita sudah tidak berada dalam dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan