Rabu, 6 April 2011

Siapakah Roh Kudus???

Terdapat banyak salah faham mengenai identiti Roh Kudus. Ada orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa mistik. Ada pula orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang boleh diperolehi oleh orang yang percaya kepada Kristus. Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai identiti Roh Kudus? Secara ringkas, Kitab Injil mengatakan bahawa Roh Kudus ialah Tuhan. Kitab Injil juga mengatakan bahawa Roh Kudus mempunyai Pendirian, suatu Kewujudan yang mempunyai fikiran, emosi dan niat.

Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh dilihat dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab Injil seperti Kisah Rasul-Rasul 5:3-4. Dalam ayat ini, Petrus menegur Ananias dan bertanya mengapa dia menipu Roh Kudus dan berkata bahawa Ananias “bukan hanya menipu manusia tetapi juga Tuhan.” Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh mengetahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan. Sebagai contoh, Roh Kudus hadir di semua tempat seperti yang dikatakan di Mazmur 139:7-8, “Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada roh-Mu, ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.” Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat melihat sifat maha-pengetahuan Roh Kudus. “Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun.”

Kita ketahui bahawa Roh Kudus adalah Bersendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus berfikir dan mengetahui (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh dipisahkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi pihak kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Penasihat dan Pembawa ketenangan yang dijanjikan oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).

Selasa, 5 April 2011

Saya Jatuh Cinta??

Cinta adalah satu perasaan emosi yang sangat kuat. Ia sangat memotivasikan kehidupan kita. Kita membuat banyak keputusan penting berdasarkan perasaan ini dan berkahwin sebab kita merasa “di lamun cinta”. Ini mungkin penyebab perceraian kepada lebih separuh perkahwinan kali pertama . Alkitab berkata cinta sejati bukanlah perasaan yang boleh datang dan pergi. Cinta sejati tidak boleh datang dan pergi sebab ia merupakan satu keputusan. Kita tidak hanya mengasihi mereka yang mengasihi kita tetapi lebih lagi terhadap orang yang membenci kita sebagaimana Kristus mengasihi orang-orang yang sukar dikasihi (Lukas 6:35). “Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu” (Korintus 13:4-7).

Mudah sekali untuk “jatuh cinta” dengan seseorang, tetapi ada beberapa pertanyaan yang perlu dijawab samada perasaan kita itu merupakan cinta sejati. Pertama, adakah orang ini seorang Kristian? Adakah orang ini telah menyerahkan hidupnya kepada Kristus? Adakah dia berharap sepenuhnya kepada Kristus untuk keselamatannya? Kedua, apabila anda mempertimbangkan untuk memberikan hati dan perasaan anda kepada seseorang, anda perlu bertanya samada anda bersedia mementingkan orang itu melebihi orang lain dan hubungan anda mendapat tempat kedua hanya kepada hubungan peribadi anda dengan Tuhan? Alkitab berkata apabila dua orang berkahwin, mereka menjadi satu daging (Kejadian 2:24; Matius 19:5).

Kita juga perlu mempertimbangkan samada orang yang kita cintai itu merupakan calon pasangan hidup yang baik. Sudahkah dia meletakkan Tuhan sebagai yang terutama dalam kehidupannya? Dapatkah orang ini memberikan waktu dan tenaganya untuk membina perhubungan ke dalam perkahwinan yang akan bertahan? Tidak ada pengukur untuk mempastikan keadaan yang benar-benar sedang bercinta dengan seseorang, tetapi sangat penting untuk menilai samada kita mengikut kehendak Tuhan bagi hidup kita atau sekadar mengikut perasaan. Cinta sejati merupakan keputusan dan bukan perasaan. Cinta sebenar menurut Alkitab adalah cinta yang akan terus mencintai seseorang pada segala waktu dan bukan hanya sewaktu sedang “dilamun cinta”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Hak Cipta Terpelihara. AnakDomba.My. 2009-2013
© All Rights Reserved. AnakDomba.My. 2009-2013